Filem Animasi Untuk Dewasa
Industri animasi dekat
Malaysia aku boleh katakan dah berada di tahap yang memberangsangkan. Bermula
dengan siri Upin dan Ipin dan kemudian
diikuti dengan filem Geng :Pengembaraan Bermula, kita dah pun mempunyai
beberapa animasi yang boleh dibanggakan. Contoh lain adalah Boboiboy yang dah
pun sampai ke pasaran Korea Selatan, Ejen Ali dan animasi muzikal kanak kanak
iaitu Didi and Friends serta Omar dan Hana.
Top 3 animasi tempatan yang sedang menguasai Malaysia sekarang ni.
Kalau dilihat, animasi 3D
lebih mendominasi di Malaysia walaupun dulu kita ada beberapa animasi 2D yang
popular macam Usop Sontorian, Keluangman, Anak-anak Sidek, Frotees dan pelbagai
lagi, Sekarang animasi 2D di Malaysia macam tak banyak dan kalau nak bagi tajuk
pun aku boleh bagi satu : The Amazing Awang Khenit yang ditayangkan di TV9.
Mungkin lebih mudah nak animasikan 3D berbanding 2D barangkali. Lagipun, orang
kita lebih suka layan anime 2D berbanding animasi tempatan.
Tapi perasan tak apa
persamaan animasi2 di Malaysia ni? Yep, kebanyakan siri animasi di Malaysia mensasarkan
golongan kanak-kanak sama ada yang bersekolah di tadika mahupun sekolah rendah.
Barangkali kerana lebih mudah bagi menarik kanak-kanak menonton siri mereka,
ditambah dengan stigma ibu bapa di Malaysia yang menganggap bahawa semua
animasi adalah kartun, maka kalau animasi di Malaysia ni banyak untuk menarik
golongan budak-budak sebenarnya.
Aku memasang impian untuk
menghasilkan satu siri atau filem animasi untuk golongan matang di Malaysia.
Bila aku cakap untuk golongan matang, bukanlah bermakna aku nak hasilkan
animasi dengan unsur – unsur lucah ke apa. Maksud aku, animasi yang mempunyai
jalan cerita yang berat dan bukan mudah bagi seseorang tu mudah faham. Seakan
menghasilkan animasi dengan gaya arahan Dain Iskandar atau U Wei Haji Shaari
macam tulah.
Kalau dilihat di luar
negara, terutama USA dan Jepun, mereka dah banyak hasilkan animasi serupa ini.
Kadang-kadang takde unsur lucah pun, tapi animasi mereka ni kalau golongan
dewasa tonton pun, mereka akan suka dan jatuh cinta dengan animasi tu. Lihat
saja fenomena Kimi No Nawa, sebuah filem animasi 2D dari Jepun arahan Makoto
Shinkai yang menjadi bualan serta sebutan bukan saja peminat manganime, malah
peminat filem di seluruh dunia. Tengoklah pula filem2 masterpiece sentuhan
Hayao Miyazaki semasa beliau berkhidmat dengan Studio Ghibli. Grave of The
Fireflies, Spirited Away, My Neighbour Totoro, Ponyo On the Cliff dan beberapa
filem lagi yang mana ianya bukan animasi terbaik lagi dah, malah filem terbaik
yang pernah dihasilkan yang mesti kau kena tengok punya.
Kimi No Nawa, filem animasi Jepun arahan Makoto Shinkai yang merupakan satu fenomena pada tahun 2016. Sayang ianya tidak tercalon dalam Academy Award bagi kategori filem animasi terbaik. |
Barangkali kerana bagi
mereka, bukan semua perkara yang berlukis adalah untuk bacaan budak-budak
semata-mata. Kalau kau tengok kat Jepun, bukan satu perkara aneh kalau mereka
yang berusia 30 an membeli komik untuk bacaan mereka sendiri. Kalau di Malaysia
kau berusia dan 30 an dan masih membeli komik, pasti akan ada yang bertanya
“Kau ni bila nak matang?” Kerana bagi mereka, benda kalau berlukis tak kiralah
ianya bacaan atau ditonton ke, ianya adalah kartun dan kartun layaknya ditonton
oleh kanak-kanak sahaja.
Hayao Miyazaki (gambar pertama) adalah pengarah filem prolifik Jepun yang terkenal dengan filem-filem animasinya yang bertaraf tinggi. Kebanyakan filemnya dihasilkan di Studio Ghibli, antara studio animasi yang termashyur di Jepun. Antara karyanya yang diingati adalah (mengikut turutan gambar)
1. Kiki Delivery Service (1989)
2. My Neighbor Totoro (1988)
3. Spirited Away (2001). Ramai yang menyatakan ini adalah filem terbaik pernah dihasilkan Miyazaki
4. Ponyo On The Cliff (2008)
Aku masih memasang impian
untuk menghasilkan animasi dengan unsur matang di dalamnya satu hari nanti.
Kalau dilihat, filem2 anime yang hit di Jepun sebenarnya power dari segi jalan
cerita dan pembangunan plot serta perwatakan dalam setiap watak sangat menarik
sehingga mampu menjadi memorable bagi peminat2 mereka. Aku percaya, Malaysia
mampu menghasilkan animasi serupa ini satu hari nanti Insha allah.
Comments
Post a Comment