Review Filem : Abang Long Fadil 2


Abang Long Fadil 2 merupakan filem kedua dari trilogy filem Abang Long Fadil (kalau mengikut pengarah dia, Syafiq Yusof) dan merupakan filem keempat dari siri filem KL Gangster. Abang Long Fadil 2 seperti yang diketahui merupakan spin off dari filem KL Gangster yang mengangkat watak Fadil lakonan Zizan Razak yang merupakan sidekick (atau pak lawak) kepada Malik lakonan Aaron Aziz dalam filem KL Gangster. Filem Abang Long Fadil merupakan filem arahan Syafiq Yusof dan diterbitkan Skop Production serta Astro Shaw yang telah ditayangkan pada 24 Ogos 2017 lepas dan kini boleh didapati di saluran Astro First.

Syafiq Yusof, pengarah filem Abang Long Fadil 2

Filem Abang Long Fadil 2 bolehlah dikatakan sebagai filem Malaysia paling fenomena bagi tahun 2017. Filem ini telah mendapat sambutan yang sangat hangat dari peminat filem Malaysia, peminat siri KL Gangster mahupun peminat Zizan Razak. Selepas 39 hari ditayangkan, filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak 17.9 juta ringgit sekaligus memadam rekod yang dipegang sebelum ini oleh filem Polis Evo. Secara keseluruhan, filem ini Berjaya meraih 18.14 juta ringgit melalui jualan tiket di wayang, menjadikan filem Abang Long Fadil 2 berada di kedudukan kedua sebagai filem Malaysia paling laris sepanjang zaman, di belakang filem Munafik yang mencatat kutipan 19 juta ringgit. Kejayaan ini membolehkan filem Abang Long Fadil membawa pulang trofi Anugerah Filem Blockbuster di Festival Filem Malaysia ke 29.

Aku tak menonton filem ini di wayang. Apa ada hal, dah untung 19 juta rasanya takde hal kot kalau aku tak tengok kat wayang. Huhu. Tapi aku ada menonton filem ini di Astro First. Sebab aku tonton filem ini adalah kerana nak tengok betapa fenomenanya filem ini yang bukan sahaja telah mencatat kutipan yang tinggi, malahan menjadi buah mulut di kalangan rakyat Malaysia mahupun portal berita Astro Gempak. Jadi, ini adalah beberapa sudut pandang aku untuk filem ke lima arahan Syafiq Yusof ini (tak termasuk filem Mat Moto)

1.Overrated

Maaf, aku hanya memberi review jujur. Ketika sesi promosi dan ketika filem ini ditayangkan di pawagam, aku sering dimomokkan di Facebook mahupun TV betapa filem ini adalah sesuatu yang BOOM. Satu filem yang sangat hebat pernah dihasilkan di Malaysia kononnya filem ini sangat lain dan berbeza dari filem yang lain. Ketika habis tengok filem ni di Astro First, perkara pertama yang aku terfikir adalah
“Ada beza ke filem ni tayang kat wayang dengan tayang kat Astro First? Diorang  ada buang  beberapa scene ke?”
Serius, aku tak tahu apa yang rakyat Malaysia suka sangat dengan filem ni. Bagi aku, barangkali kerana expectation yang terlampau tinggi aku letakkan. Jadi bila aku tengok hasilnya, aku rasa macam….macam nak jumpa awek kat facebook yang muka kat gambar profil lain, bila jumpa jadi lain. Tak keterlaluan kalau aku katakan aku agak frust dengan filem ni? Kenapa?


2.Banyak yang tak kena

Pertama, aku rasa ni mungkin filem yang paling rushing pernah aku tengok. Banyak babak dalam filem ni seakan terlalu tergesa-gesa dan nak cepat habis. Peralihan dari cerita ni ke cerita yang seterusnya tak dibuat dengan smooth pada aku dan nampak macam nak cepat habis. Mujur aku rasa Justice League punya rushing jauh lebih teruk ni. Dari segi CGI dan sebagainya, memang aku agak memuji yang ianya dilakukan dengan baik walaupun aku rasa filem Desolasi mempunyai CGI yang jauh lebih cantik dari filem ini. Dan aku agak tak berkenan dengan betapa banyak babak kereta terbalik dalam filem ni. Dari babak yang boleh buat kita teruja, ianya telah menyebabkan babak kereta terbalik ni seakan menjadi babak yang membosankan lantaran terlalu banyak dan kereta yang terbalik tu tidaklah terbalik secara gempak pun. Even aku lebih suka babak dua kereta terbalik sebab meletup ditembak Rosyam Nor dalam filem KL Gangster 2.

3. Tania Hudson



Ini adalah lakonan pertama Tania Hudson yang aku tonton. Aku sejujurnya kenal sapa Tania Hudson sebelum filem Abang Long Fadil 2 ni dan mungkin aku kenal pun atas kapasiti dia ni adalah adik kepada pelakon terkenal Malaysia, Natasha Hudson. Sebelum filem ni, aku merasakan yang lakonan Fattah Amin adalah lakonan paling teruk pernah aku tengok di skrin layar. Namun selepas menonton filem ini, baru aku nampak bahawa Fattah Amin bukanlah pelakon yang paling teruk pernah ada dalam industri perfileman di Malaysia. Aku tak tahu macam mana minah bernama Tania Hudson ni boleh menjadi pelakon. Dia boleh jadi pelakon. Dia lawa, tak dinafikan, tapi dia sangat-sangat perlu masuk kelas lakonan supaya lakonan dia selepas ni tak menjadi seteruk dalam filem Abang Long Fadil 2. Aku serius cakap dalam filem ni kalau masuk je babak yang melibatkan dia, terutama dia bercakap, aku terus rasa macam terseksa gila tengok filem tu. Sama ada sebab skrip atau lakonan dia menmang hancur macam tu. Kau bandingkan ajelah lakonan dia dalam filem ni dengan lakonan Nabila Huda sebagai wartawan jugak dalam filem Tombiruo. Jauh beza weiii…….

Terdapat jurang yang besar bagi aku antara Tania Hudson dan Nabila Huda bila membawakan watak wartawan

4. Ini bukan KL Gangster

Kalau kau tengok trailer atau promosi, kau akan Nampak bahawa filem ni banyak aksi2 yang sekarang ni cuba dibuat oleh filem2 aksi lain di Malaysia. Kereta terbalik, meletup sana sini. Bila aku tengok tu pun, ditambah bila dapat tahu yang filem ni berlatarbelakangkan ala mafia, terus expectation aku agak tinggi untuk filem ni jadi best. Tapi satu benda perlu kau tahu, ini adalah filem Abang Long Fadil, bukan KL Gangster. Jadi, kau kena tahu, filem ni akan ada lame joke yang bagi aku lebih teruk berbanding filem Abang Long Fadil 1. Scene gangster memang takde memandangkan ni adalah filem ala mafia, tapi jangan kau expect nak tengok aksi mafia macam filem Godfather ke apa. Aku faham dia cuba bawwak gaya komedi, tapi entahlah. Somehow, komedi dia gagal. Sori Pik.



Rating IMDb : 7.8/10 (242 undian setakat 6 Disember 2017)
Rating peribadi : 4.5/10

Comments

Popular posts from this blog

Filem Animasi Untuk Dewasa

Review Filem : Blade Of The Immortal 2017