Review Filem : Blade Of The Immortal 2017
Blade of The Immortal adalah satu lagi filem yang diadaptasi dari manga terkenal ke live action filem. Mujur filem ini tidak diadaptasi ke live action versi Hollywood, atau kita akan melihat satu lagi manga Jepun yang hebat menerima nasib seperti Street Fighter, Tekken mahupun Dragon Ball. Filem ini agak unik kerana ianya merupakan filem ke 100 arahan pengarah sensasi Jepun, Takashi Miike.
Manga Blade Of The Immortal |
Takashi Miike. Antara pengarah filem dari Jepun yang dikenali di dunia melalui filem-filemnya |
Sinopsis :
Manji, seorang samurai yang
berkemahiran tinggi, disumpah dengan keabadian selepas satu pertempuran. Dihantui
oleh pembunuhan adik perempuannya, Manji tahu bahawa hanya memerangi kejahatan
akan meraih jiwanya. Dia berjanji untuk membantu seorang gadis muda yang
bernama Rin membalas dendam orang tuanya, yang dibunuh oleh sekumpulan ahli
pedang yang diketuai oleh pahlawan Anotsu yang kejam. Misi itu akan mengubah
Manji dengan cara yang tidak dapat dia bayangkan.
Ulasan
Aku tahu pasal manga Blade Of
The Immortal ni tapi aku tak pernah baca atau tengok pun animenya sebelum ni.
Jadi aku akan ulas filemnya sahaja. Bagi yang selalu tengok filem Takashi
Miike, memang akan perasan gayanya tak lari dari filem-filemnya sebelum ini.
Malah, ada beberapa babak membuatkan aku teringat sedikit beberapa babak dari
filem dia sebelum ini, 13 Assasins. Jadi, adakah ianya filem yang okay?
Boleh aku katakan ianya adalah
filem yang baik. Filem ini mempunyai gayanya yang tersendiri. Watak
dikembangkan dengan baik, malah susunan dari babak ke babak serta perkaitan
dari satu watak ke watak yang lain berjaya diinterpetasikan dengan jayanya.
Satu perkara yang aku suka pasal Takashi Miike ni adalah macam mana dia berjaya
ubah pelakon2 lelaki Jepun yang muka kacak jambu nak mampos menjadi watak yang
cool dan badass. Tak tahu sama ada ianya sebab Miike atau pelakon di sana
semuanya sangat profesional dan tak ada demand itu ini macam Fattah Amin.
Endingnya juga agak berjaya bagi aku namun terdapat beberapa flop di beberapa
tempat. Namun secara keseluruhannya ianya sangat baik.
Pelakon Sota Fukushi melakonkan watak Kagehisa Anotsu dalam filem ini. Walaupun beliau kelihatan jambu dalam dunia sebenar, namun beliau kelihatan sangat kejam dalam filem ini.
Akan tetapi, tetap terdapat
beberapa perkara yang flop bagi aku dalam filem ini. Seperti filem-filemnya
sebelum ini, terdapat beberapa CGI yang gagal dalam filem ini. Terutama babak
yang melibatkan kematian yang buat aku ketawa instead daripada “Eeewww”, Selain
itu, terdapat beberapa babak yang gore atau ngeri diulang-ulang sehingga
menyebabkan aku rasa macam dah tak meninggalkan impak pada aku yang menonton.
Seakan menonton babak kereta terbalik yang terlalu banyak dalam filem Abang
Long Fadil 2.
Walaupun begitu, ianya masih
satu nashkah yang berbaloi dari master Miike untuk kau tonton. Pergi cari DVD
dia sekarang atau……..pandai buat pandai tanggung lah. Haha
Rating :
IMDb : 6.9/10 (3,406 undian setakat 4 Disember 2017)
Rotten Tomatoes : 82%
Rating peribadi : 8/10
Rotten Tomatoes : 82%
Rating peribadi : 8/10
Comments
Post a Comment