Filem Berat vs Filem Ringan

Sebenarnya bagi aku, filem ni ada dua jenis kategori sebenarnya. Yang pertama, jenis senang nak hadam. Yang kedua, jenis susah….atau lambat sikit nak hadam.

Dan bagi dua kategori ni, mereka ada kelompok peminat diorang yang tersendiri. Ada tak yang tergolong dalam dua kategori ni? Mungkin ada…tapi dia pasti juga akan cenderung pada satu kategori ni sahaja.

Dua golongan peminat ni kadang-kadang ada jugak berbalah dan bertikam lidah sesame diorang. Tapi tidaklah seteruk perbalahan budak DC dengan budak Marvel. Biasanya, point perbalahan diorang adalah filem apa yang paling berbaloi untuk ditonoton.

Bagi peminat filem senang nak hadam, sebab mereka kata filem mereka berbaloi nak tengok adalah bagi diorang filem ni adalah sumber untuk berseronok. Tengok wayang atau filem kat TV mahupun internet adalah satu cara untuk diorang melepaskan tekanan (release tension) selepas seharian penat bekerja katanya. Jadi bagi diorang, filem senang nak hadam lebih mudah nak bagi orang tertarik. Geng2 filem senang nak hadam ni lah yang selalu memuji2 filem macam XXX, Fast and Furious, Kingsman, Underworld dan yang seangkatan dengannya tu walaupun filem-filem begini sebenarnya biasa2 sahaja.


Siri filem Fast and Furious
Poster filem XXX Return Of Xander Cage. Neymar ada buat penampilan dalam filem ni.

Poster Kingsman 2 The Golden Circle

Contoh filem senang nak hadam bagi aku yang korang pun mesti familiar punya

Bagi yang mungkin tak hadam sangat, bila kita bercakap pasal filem mudah nak hadam, ianya bukanlah filem komedi ringan yang buat kita ketawa sekejap-sekejap tu. Bagi definisi aku, filem senang nak hadam ni filem yang straight to the point. Pengenalan-Konflik-Twist-Habis. Jadi bagi aku, filem yang macam siri Fast and Furious tu pun adalah filem yang senang nak hadam. Kita tahu watak dalam filem tu nak buat apa, dan diorang pun buat dan akhirnya filem pun habis. Kalau ada plot twist pun biasanya dah boleh diagak dan takdelah twist sangat pun.

Bagi peminat filem yang susah nak hadam pulak, atau aku suka panggil filem berat, bagi diorang baik tengok filem jenis macam tu sebab ianya berbaloi. Filem berat ni biasanya adalah filem yang serius, tak straight to the point dan banyak bercakap. Dan biasanya filem berat ni dia berlapik….maknanya cerita dia macam tu, tapi kalau kau perhati apa yang dia cuba sampaikan tu lain dari cerita yang kau duduk tengok tu. Bagi mereka, filem2 yang boleh buat kau berfikir ni lebih berbaloi untuk dibelanjakan duit tu kalau nak tengok kat wayang. Sebab biasanya, ia bagi satu feel yang lain macam, yang buat kau rasa macam apa agaknya akan dipersembahkan, atau kat sekolah macam apa yang aku nak pelajari ni. Oh ya, sebut pasal belajar, filem2 berat ni yang banyak cuba mengajar penonton, dan kadang-kadang melalui babak yang tersirat. Sebab tu quote atau kata-kata yang power dari movie kebanyakannya dari filem2 berat. Contoh filem2 sebegini adalah Argo, Whiplash, Manchester By The Sea, The Revenant, Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance), The Dark Knight, The Hateful Eight dan terlalu banyak judulnya kalau aku nak bagi.



Aku? Bagi aku secara peribadi, aku boleh nak layan dua jenis filem ni, tapi aku jenis yang cenderung kepada filem yang berat sebenarnya. Bagi aku filem berat ni biasanya adalah filem yang hebat, yang biasanya banyak tercalon dalam anugerah hebat macam Academy Award atau Golden Globe Award. Pengarah filem berat ni pun biasanya bukan calang-calang punya pengarah. Christopher Nolan, Quentin Tarantino. Martin Scorsese, James Cameron, Alejandro González Iñárritu, Damien Chazelle dan banyak lagilah yang aku sendiri pun tak hafal nama diorang. Filem diorang ni masa kau tengok tu macam apa bendalah yang diorang tayang ni, tapi sebaik kau habis tengok, kau mesti akan terfikir tentang filem tu atau sekurang-kurangnya beberapa scene dalam filem tu. Kadang2 dia punya terfikir tu sampai bertahun-tahun, macam sampai sekarang aku masih terbayang-bayang scene terakhir dari filem Whiplash walaupun filem tu aku dah tengok 3 tahun yang lepas.



James Cameron. Masterpiece nya yang paling dikenali semestinya filem Titanic (1997) dan Avatar (2009)
Damien Chazelle. Pengarah muda yang terkenal dengan karya berunsur muzik. Karyanya paling terkenal semestinya filem Whiplash (2014) dan La La Land (2016)


Christopher Nolan. Antara pengarah berprofil tinggi kegemaran aku. Antara filem arahannya adalah trilogi The Dark Knight, Inception (2010), Interstellar (2014) dan yang terbaru, Dunkirk (2017)

Quentin Tarantino. Pengarah yang semestinya terkenal dengan karya masterpiece nya, Pulp Fiction (1994). Filem lain arahan beliau adalah Django Unchained (2012) dan The Hateful Eight (2015)



Poster filem Whiplash (2016) arahan Damien Chazelle lakonan Miles Teller dan JK Simmons. Antara filem paling gila pernah aku tengok dan filem kegemaran aku setakat ni, Highly recommended. Pergilah tengok..


Jadi, kau geng filem yang mana?

Comments

Popular posts from this blog

Review Filem : Abang Long Fadil 2

Filem Animasi Untuk Dewasa

Review Filem : Blade Of The Immortal 2017