Review filem : Tombiruo 2017
Tombiruo atau judul penuhnya
Tombiruo : Penunggu Rimba boleh dikatakan adalah filem tempatan yang paling
ditunggu – tunggu oleh peminat filem tempatan, seperti mana tertunggunya dunia
nak menyaksikan trailer Avengers : Infinity War Part 1. Tambahan bagi mereka
yang dah membaca novelnya yang ditulis oleh novelis Ramlee Awang Murshid,
mereka semestinya nak tengok bagaimana novel aksi ini diadaptasikan di dalam
bentuk filem pula selepas kita muak kerana asyik novel cinta sahaja yang sering
diberi peluang untuk diadaptasi ke filem mahupun drama bersiri. Aku baru je
selesai menonton filem ini dan ini adalah beberapa point of view aku terhadap
filem arahan Seth Larney dan Nasir Jani ini.
Sebelum tu baca dulu sinopsis dia kalau rajin. Aku ambil dari Wikipedia, malas nak buat sendiri. Haha…
Novel Tombiruo tulisan Ramlee Awang Murshid yang dikeluarkan pada tahun 1998 |
Sebelum tu baca dulu sinopsis dia kalau rajin. Aku ambil dari Wikipedia, malas nak buat sendiri. Haha…
Berkisarkan
dendam seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia atas kematian ayahnya,
Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini
memburunya atas kematian isteri tercinta, Salina. Sementara samseng yang diupah
ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi
mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang
wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di
sebalik kejadian yang berlaku. Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan
Amiruddin ialah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan
tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus
membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba. https://ms.wikipedia.org/wiki/Tombiruo:_Penunggu_Rimba
Pelakon Utama
Zul Ariffin sebagai Ejim |
Farid Kamil sebagai Amiruddin |
Nabila Huda sebagai Wan Suraya |
Faizal Hussein sebagai Pondolou |
Hasnul Rahmat sebagai Juslan |
1. Filem Malaysia bertaraf
Hollywood
Tak keterlaluan kalau aku
katakan kalau filem ini lebih layak digelar bertaraf Hollywood berbanding Abang
Long Fadil 2 (mahupun Abang Long Fadil 3 akan datang). Bagi aku, sinematografi
filem ni cukup cun dan warna yang diaplikasikan dalam filem ni membangkitkan
mood aku untuk menonton dan mengetahui apa akan berlaku seterusnya. CGI juga
tidak mengecewakan walaupun babak Ejim memanjat dahan tinggi berlatar
belakangkan Gunung Kinabalu tu nampak terlalu “tampal” bagi aku (aku boleh buat
scene ni dalam After Effect dan hasilnya akan kelihatan lebih kurang. Haha).
Aku suka storyline nya yang bagi aku memang cukup rasa nya. Tidak terlalu
pantas dan mungkin ada sedikit meleret pada beberapa babak terutama yang
melibatkan M Nasir, tapi tidak menjejaskan secara keseluruhannya. Watak
dikembangkan dengan baik dan tidak terlalu rushing untuk pergi ke plot
seterusnya. Dan aku lebih menggemari babak pertarungan antara Zul Ariffin dan
Farid Kamil dalam filem ni lebih dari masa diorang berlawan dalam filem J
Revolusi. Hmmm,,,,
2.Tarzan Malaysia?
Ada beberapa babak masa aku
tengok filem ni yang membuatkan aku merasa aku tengah tengok filem Tarzan tapi
yang adaptasi Malaysia punya. Barangkali berlatarbelakangkan hutan dan juga
watak Ejim yang memang tinggal di dalam hutan , memang sebijik macam watak
Tarzan rasanya. Bezanya Tarzan tidak memakai topeng di muka dan persamaannya kedua
– dua nya ada badan yang sado. Watak Wan Suraya yang dilihat sebagai minah
rebel yang tak mudah berputus asa untuk mendapatkan apa yang dia nak juga
sedikit sebanyak meningatkan aku pada watak Jane dalam movie Tarzan. Cumanya
(SPOILER ALERT) mereka tak bercinta pada akhir filem seperti mana Tarzan dan
Jane yang bercumbu pada pengakhiran filem. Babak di mana Ejim membawa Wan
Suraya ke rumahnya dan merawatnya jugak seakan babak Tarzan dan Jane di atas
pokok. Cumanya Wan Suraya lebih awal mengetahui bahawa Ejim bukanlah ancaman
seperti yang didiakwa orang sekeliling so takdelah babak sepert “lepaskan aku”
dan sebagainya.
3.Adaptasi yang Berjaya
Aku sejujurnya tak baca pun
novel ni sebelum menonton filem ni. Malah, aku hanya tahu wujudnya novel
berjudul Tombiruo ni pun selepas diumumkan bahawa novel ni akan diadaptasi ke
bentuk filem dan peminat novel Tombiruo dah pun excited bagai nak rak. Tapi
rata-rata peminat Tombiruo menyatakan mereka berpuas hati dengan adaptasi.
Walaupun ada beberapa kureng dalam filem
ni nak dibandingkan dengan novel, tapi ianya tidak terlalu keterlaluan
dan Berjaya diolah dengan baik untuk disampaikan dalam bentuk filem. Kudos
kepada penulis skrip Yasmin Yaacob dan Choong Chi Ren kerana adaptasi yang baik
ini.
4.Tombiruo 2?
Selepas Polis Evo, Abang Long
Fadil 2 dan Bisik Pada Langit, Tombiruo adalah satu lagi filem terbitan Astro
Shaw yang betul-betul boleh bikin orang2 Astro Shaw ketawa puas hati. Aku boleh
bet, jika filem ini diterbitkan di Hollywood, besar kemungkinan kita akan melihat
Tombiruo 2 akan hadir dalam tempoh 2-3 tahun akan datang. Dengan jumlah kutipan
sebanyak RM 8 juta tak termasuk jualan di Astro First lagi, tak ada alasan
untuk kita tidak melihat Zul Ariffin kembali menyarung topeng Tombiruo lagi di
masa akan datang. Tambahan pula (MUNGKIN SPOILER), babak akhir filem ini di
mana Ejim mengambil sehelai kertas yang tercatat “Catatan Laksamana Sunan”
dalam bahasa jawi, tak mustahil kita akan dapat menyaksikan apakah lagi yang
bakal dilalui dan apakah aksi yang bakal ditampilkan oleh penunggu rimba ini di
dalam filem yang seterusnya.
Rating :
IMDb : 8.4/10 (262 undian setakat 4 Disember 2017)
Rating Peribadi : 7.8/10
Rating Peribadi : 7.8/10
Comments
Post a Comment