Posts

Review Filem : Abang Long Fadil 2

Image
Abang Long Fadil 2 merupakan filem kedua dari trilogy filem Abang Long Fadil (kalau mengikut pengarah dia, Syafiq Yusof) dan merupakan filem keempat dari siri filem KL Gangster. Abang Long Fadil 2 seperti yang diketahui merupakan spin off dari filem KL Gangster yang mengangkat watak Fadil lakonan Zizan Razak yang merupakan sidekick (atau pak lawak) kepada Malik lakonan Aaron Aziz dalam filem KL Gangster. Filem Abang Long Fadil merupakan filem arahan Syafiq Yusof dan diterbitkan Skop Production serta Astro Shaw yang telah ditayangkan pada 24 Ogos 2017 lepas dan kini boleh didapati di saluran Astro First. Syafiq Yusof, pengarah filem Abang Long Fadil 2 Filem Abang Long Fadil 2 bolehlah dikatakan sebagai filem Malaysia paling fenomena bagi tahun 2017. Filem ini telah mendapat sambutan yang sangat hangat dari peminat filem Malaysia, peminat siri KL Gangster mahupun peminat Zizan Razak. Selepas 39 hari ditayangkan, filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak 17.9 juta ringgit

Review Filem : Blade Of The Immortal 2017

Image
Blade of The Immortal adalah satu lagi filem yang diadaptasi dari manga terkenal ke live action filem. Mujur filem ini tidak   diadaptasi ke live action versi Hollywood, atau kita akan melihat satu lagi manga Jepun yang hebat menerima nasib seperti Street Fighter, Tekken mahupun Dragon Ball. Filem ini agak unik kerana ianya merupakan filem ke 100 arahan pengarah sensasi Jepun, Takashi Miike. Manga Blade Of The Immortal Buat yang tidak mengenal pengarah hebat ini, beliau adalah seorang pengarah kontorversi Jepun yang terkenal kerana menghasilkan filem yang unik, gore dan kadangkala tak masuk dek akal. Banyak filemnya agak terkenal di serata dunia dan terdapat sesetengah karyanya agak kontroversi untuk ditonton.   Walaupun beliau tidak begitu dikenali di Malaysia seperti Michael Bay, namun karya beliau yang paling terkenal di Malaysia semestinya adalah filem adaptasi manga, Crows Zero dan Crows Zero 2. Ya, filem yang telah menyebabkan ramai remaja Malaysia di sekolah menengah

Review filem : Tombiruo 2017

Image
Poster filem Tombiruo : Penunggu Rimba Tombiruo atau judul penuhnya Tombiruo : Penunggu Rimba boleh dikatakan adalah filem tempatan yang paling ditunggu – tunggu oleh peminat filem tempatan, seperti mana tertunggunya dunia nak menyaksikan trailer Avengers : Infinity War Part 1. Tambahan bagi mereka yang dah membaca novelnya yang ditulis oleh novelis Ramlee Awang Murshid, mereka semestinya nak tengok bagaimana novel aksi ini diadaptasikan di dalam bentuk filem pula selepas kita muak kerana asyik novel cinta sahaja yang sering diberi peluang untuk diadaptasi ke filem mahupun drama bersiri. Aku baru je selesai menonton filem ini dan ini adalah beberapa point of view aku terhadap filem arahan Seth Larney dan Nasir Jani ini. Novel Tombiruo tulisan Ramlee Awang Murshid yang dikeluarkan pada tahun 1998 Sebelum tu baca dulu sinopsis dia kalau rajin. Aku ambil dari Wikipedia, malas nak buat sendiri. Haha… Berkisarkan dendam seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia atas

Filem Animasi Untuk Dewasa

Image
Industri animasi dekat Malaysia aku boleh katakan dah berada di tahap yang memberangsangkan. Bermula dengan siri Upin dan Ipin dan  kemudian diikuti dengan filem Geng :Pengembaraan Bermula, kita dah pun mempunyai beberapa animasi yang boleh dibanggakan. Contoh lain adalah Boboiboy yang dah pun sampai ke pasaran Korea Selatan, Ejen Ali dan animasi muzikal kanak kanak iaitu Didi and Friends serta Omar dan Hana. Top 3 animasi tempatan yang sedang menguasai Malaysia sekarang ni. Kalau dilihat, animasi 3D lebih mendominasi di Malaysia walaupun dulu kita ada beberapa animasi 2D yang popular macam Usop Sontorian, Keluangman, Anak-anak Sidek, Frotees dan pelbagai lagi, Sekarang animasi 2D di Malaysia macam tak banyak dan kalau nak bagi tajuk pun aku boleh bagi satu : The Amazing Awang Khenit yang ditayangkan di TV9. Mungkin lebih mudah nak animasikan 3D berbanding 2D barangkali. Lagipun, orang kita lebih suka layan anime 2D berbanding animasi tempatan. Tapi perasan tak

Filem Berat vs Filem Ringan

Image
Sebenarnya bagi aku, filem ni ada dua jenis kategori sebenarnya. Yang pertama, jenis senang nak hadam. Yang kedua, jenis susah….atau lambat sikit nak hadam. Dan bagi dua kategori ni, mereka ada kelompok peminat diorang yang tersendiri. Ada tak yang tergolong dalam dua kategori ni? Mungkin ada…tapi dia pasti juga akan cenderung pada satu kategori ni sahaja. Dua golongan peminat ni kadang-kadang ada jugak berbalah dan bertikam lidah sesame diorang. Tapi tidaklah seteruk perbalahan budak DC dengan budak Marvel. Biasanya, point perbalahan diorang adalah filem apa yang paling berbaloi untuk ditonoton. Bagi peminat filem senang nak hadam, sebab mereka kata filem mereka berbaloi nak tengok adalah bagi diorang filem ni adalah sumber untuk berseronok. Tengok wayang atau filem kat TV mahupun internet adalah satu cara untuk diorang melepaskan tekanan ( release tension ) selepas seharian penat bekerja katanya. Jadi bagi diorang, filem senang nak hadam lebih mudah nak bagi orang tert